Thursday, October 27, 2011

Cerita bersalin

Alhamdulillah, saya dah bersalin untuk baby ke-2 pada 23 Okt,2011 yang lalu. Baby girl, seberat 3.1kg di Kota Bharu Medical Centre. Segala-galanya berjalan lancar. Cuma saya kira kelahiran baby kali ni adalah diluar dugaan kami suami isteri, awal 17 hari dari tarikh jangkaan bersalin. Persediaan untuk baby itu tetap ada, sama seperti abangnya dulu. Rasa tidak sabar, dan ternanti-nanti dan perasaan yang bercampur baur yang kami rasa itu sama seperti dulu, cuma kali ni, ada ceritanya yang tersendiri

Pada 22 Okt (Sabtu),
Kami sekeluarga travel balik ke Kota Bharu. Sepertimana post saya yg lalu, saya bercuti di Terengganu dulu, dan balik ke kg pada hujung minggu jika saya belum bersalin lagi. Kiranya saya bersalin di Kota Bharu juga kali ni sebab belum ada tanda untuk bersalin. Lagipun saya dah booking date untuk checkup pada esoknya di KBMC dan book untuk bersalin di sana. mungkin bersalin sorang2 saya kali ni. Last day suami di sisi, hanya esok..hari ahad. sehari je lagi yg ada.. 

Hari kelahiran, 23 Okt (Ahad)
Ada banyak plan untuk hari ni. Lepas checkup dan booking utk bersalin, kena cari barang lagi. Nak kena shopping barang2 yang dah habis. Pampers adik takde lagi, susu Amin pun dah habis. Tiket bas untuk suami balik KL malamnya tak de lagi. Masa tu, belum ada tanda-tanda bersalin. Kalau ikutkan pengalaman masa lahirkan Amin dulu, ada tanda bersalin dan ada contraction. Jarak rumah saya dan KBMC tak jauh, hanya 15-20minit sahaja. Pagi tu kami keluar agak lambat juga, dekat jam 10. Tunggu Amin bangun;). Di KBMC, prosedur checkup yang sama saya lalui di mana2 klinik sebelum ni, urin test dan ultrasound. Dr. yg check saya masa tu dapat kesan contraction melalui ultrasound..saya masih ingat masa tengah buat ultrasound, suami dan Amin pun ada sama..

Dr: Awak dah brape minggu ni?
Sy: 37 mgu, 5 hari
Dr: Owh, jap saya tengok (sambil tengok skrin ultrasound). Ada rasa sakit tak? 
Sy: Tak lagi Dr. cuma saya rasa nak terkencing je sehari dua ni..
Dr: Awak dah ada contraction ni...(sambil Dr. tengok skrin)
Sy: Ye ke Dr. Betul, sy tak rasa sakit langsung.
Dr: Sy nak kena check bukaan la. Kalau tak kita tak tahu.
Sy: Ok. (hati saya mulai berdebar)
Dr: Hmm,awak ni dah tak boleh balik ni..dah buka 7cm. 
Suami pun diam je. terkejut mungkin..
Sy: Sy ni Dr, apepun tak bawak lagi..ada kad checkup ibu je..
Dr: yg tu awak kena mintak orang lain tolong bawakan la. Memang awak dah kena masuk liberroom sekarang. Ok nurse, tolong check in sorang lagi bersalin hari ni..

Suami bergegas balik, bawak Amin balik skali. Saya tunggu dalam bilik sementara. Kebetulan liberroom penuh. tunggu kosong 1 tempat, baru saya boleh masuk. Rasa sakit belum ada lagi. Cepat2 saya telefon mak, ngan adik tolong tengokkan Amin. Saya tunggu dalam 15 minit, nurse kata saya dah boleh ditolak masuk dalam, dah ada katil yang kosong.Sempat saya tengok jam, 1147am..Saya sempat SMS suami, saya kat mana dan apa yang nak kena bawak. Kurma, dan beg2 semua sy ingatkan suami lg sekali.
Nurse dah mula masukkan ubat, dah readykan apa yang patut untuk bersalin.. sehingga lah rasa sakit yang kuat itu datang. Suami pun dah ada sekali masa tu. Sambil-sambil tu saya sempat makan beberapa biji kurma dan minum air.Supaya ada tenaga..

Jam 3.05pm, lahirlah puteri kami..rasa lega baby selamat. kali ni, baby diletakkan di atas saya sekejap, sebelum dibawa keluar. Sempat la saya rasa camne..

Rasa sakit bersalin kali ni agak lain. Mungkin baby kali ni agak besar berbanding abangnya dulu, dan rasa lebih sakit semasa push...Apepun saya bersyukur baby sihat dan ada di sisi. Inilah kenangan yang kami perlu kenang. Suasana kalut di liberoom sekali lagi menjengah kami suami isteri. Biarlah kepayahan dan kesusahan itulah yg menjadi saksi dalam membesarkan anak-anak kami..

Selamat datang ke alam dunia, NURUL IMAN BT ADI HANIF. Umi  dan Abi senantiasa mendoakan Iman sihat, menjadi anak yang solehah. Doakn Umi dan Abi juga untuk menjadi ibubapa yang terbaik buat Iman dan abang Amin.

 

13 comments:

  1. Comellll & beautifulll!! Tahniah wafa.... mcm senang je bunyi bersalin wafa ni..

    Shye plak, 2cm dah start rasa contraction walaupun sekali sepanjang pagi.

    Kepala iman ni panjang ek wafa? Kena tarik ngan forceps ke?

    BTW, Nurul Iman... nice name! :D Muka dia ada iras Amin..

    ReplyDelete
  2. terima kasih shye.bunyi mcm senang ke shye, hnya tuhan yg tahu sakitnya besalin kan? kepala iman tak kena forsep. muka iman panjang sikit b'bnding amin dulu,muka bujur skit kot. tapi pipi tembun.dagu2 dan iras sume mcm amin ngan abinya

    ReplyDelete
  3. SALAM,mabruk, mabruk! alahai, comelnya Iman! macam amin, versi perempuan (of course.hehe)...

    wafa, more photos please, orang jauh ni confrim2 tak dapat nak jenguk masa iman baby2... tak tahu bile dapat menjenguk!

    p/s: tolong kenalkan and cerita dekat baby Iman ttg Auntie Jie yang best ni! Ok!

    P/S/S: Take care wafa!

    ReplyDelete
  4. heheheeh wafa tak banyak cerita pasal dalam labor room lah! bunyi mcm senang la :).. ape pun, mmg tuhan je yg tahu sakitnye masa tu.. selamat berpantang! kuat berpantang tak? heheh.

    ReplyDelete
  5. Gie: jauh dah nun di dubai sana sahabatku sorang ni. gambar iman tak upload banyak lagi..iAllah akan diupload..

    shye:dalam labor room payah nak citer, da kuar dari situ xleh nak ingat dah, ilang terus bila baby kuar..wafa berpantang cara sederhana je..air kayu-kayan tu takde la, biasa2 je. tengah kumpul stok susu sekali ni..

    ReplyDelete
  6. Salam nak tnya, bersalin kt KMBC bape kena bayar ya..sowi, ngh survey2 spital private kt kb..

    ReplyDelete
  7. ct, bo view website KBMC, di http://www.kbmc.com.my/index.php?kbmc=packages/bersalin

    ReplyDelete
  8. dh view..tp nk tau yg realnya bape. tu pakej dia min je..

    ReplyDelete
  9. mmg kena cas 1490 tu lah..kalau tak book awal, kena tambah 100..kalau tambah epidural tambah RM450..aritu beranak normal tak tambah apa2 lebih..

    ReplyDelete
  10. salam...tumpang bertanya..

    Isteri sy bkl bersalin awl jan 2012..skrg tgh plh KBMC r Pkr Perdana sbbnye dua ni je panel comp sy...tp isteri sy prefer KBMC sbb dkt ngn umh dia..so nk tya saudara/saudari ok x layanan kt sana, kemudahan dan yg plg penting kepakaran doktor lah..doktor yg merawat saudari nama apa ek?kalo dia ok, boleh sy book dia..

    terima kasih..

    lokma1

    ReplyDelete
  11. IMAN!! manisnya nama. auntie KAK mia doakan mudah mudahan Iman menjadi wanita solehah yang menjadi kebanggaan agama, abi n ummi enshaALloh =)

    ummi, labor room lah. ni musti case excited sangat nak share ni kan? hihi..

    ReplyDelete
  12. mohd lokma1,
    so far, di KBMC, bg saya ok.Dr. yg merawat sy DR LILI FARIZA,suasana dan ruang bersalin dan wad mmg ok.tapi kena wat checkup dulu, sblm book. Suami boleh masuk n teman isteri di labor room.Sepupu sy pernah deliver baby di Pkr Perdana, layanan dll mmg taraf vvip la, sbb pakejnya mahal..

    tp kalau awk nak suasana yg lebih islamik,saya sarankan anda bersalin di An-nisa'. Ada konsultasi ustazah, dan bacaan al-quran di dalam liberoom. Suami baca di sebelah kanan isteri, ustazah di sebelah kiri semasa sakit bersalin. Bayi yg keluar disambut dengan tasbih dan zikir serta laungan takbir kakitangan yang ada semasa bersalin. Anda boleh pilih wad untuk post natal, mengikut bajet anda. Kesemua bilik yang ada pd dua2 hospital ni cukup luas dan selesa, sehinggakan boleh bawa bantal dan tilam sendiri:)

    ReplyDelete
  13. salamiah endut,

    Slm kak mia, lama tak jumpa,ameen utk doa buat iman;))

    p/s:liber room lah..(i tak nak refer kamus time taip di belog, haha)anyway, you're right..labor room.Deeply, labor room best bila baby kuar, tak best masa tengah sakit;))

    ReplyDelete